Wednesday, December 09, 2015

Sajak: Kentut Perdana

Najib Tun Razak ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melambaikan tangan kepada para perwakilan


Siaran langsung dari ibukota
politikus dan perwakilan
bersidang tahunan parti
bersatu bersetia lagi
untuk kentut dan kemut
dramatik sehebat Bollywood
sebagai simbol ketuanan
bertaraf antarabangsa
menuju wawasan negara maju
dengan meriah kentut perdana
mengisi agenda survival.


Pelbagai bau kentut
retorik tengit tanpa batas
lawak bodoh tidak kelakar
janji palsu beraneka bunyi
sebelum terburai dari perut
pengisian perjuangan songsang
kenyang dengan perompakan
kesundalan kepimpinan
sehingga bersepah-sepah
najis dibuntut ayam berkokok
jaguh kampung bersorak terus
walau kampung tergadai
dan akhirnya semuanya sekadar
mimpi ngeri generasi kemudian
yang mahu kencing berlari
memaki hamun tanpa henti
di kubur-kubur mereka yang mati
sebagai muflis dinegara sendiri!

Sajak: Percayalah Saya





Apa lagi kalian mahu tahu
percayalah
sumpah
saya tidak berbohong
saya tidak merompak
saya tidak bersalah
saya tidak kenal wanita Mongolia itu
saya tidak bunuh sesiapa
saya hanya masukkan derma
ke dalam akaun sendiri
untuk rakyat semata-mata.

Jangan dengar cakap mereka
pemecah belah bangsa
yang menfitnah saya
mengutuk di media sosial
membenci di ceramah 
kerana saya ini pahlawan
selain pemain golf 
suami mithali
bapa wasatiyyah
gigih siang malam bekerja
untuk rakyat dan negara
sehingga tidak lena tidur
dan tidak bercuti
25 jam menjadi abdi
kepada pengundi.100$


Tolonglah percaya
100% yakin sepenuh hati
saya bukan badut
saya bukan pengecut
saya bukan taghut
saya bukan diktator
saya bukan emperor bogel
hanya saya sayang isteri
sebagai permata hati
penasihat paling hebat
wanita penuh keramat
yang menjadi permaisuri
bertaraf wali!